ameer syuhada

bukan madah puisi puitis..bahkan hanya kalam luahan kata-kata dan air mata yg menitis...

hit counter code

Monday, May 29, 2006

Permulaan Baru (sejernih lumpur)
Firman Allah swt dalam surah al-Baqarah
144. Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit[96], maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan dimana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Al Kitab (Taurat dan Injil) memang mengetahui, bahwa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari Tuhannya; dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan.

Permulaan baru bagi seorang pemuda yg melihat jernihnya sebuah lumpur. Kebangkitannya kali ini, bukan membawa wajah baru..tapi visi baru. Dia ingin keluar dari segala tanggapan buruk terhadap apa yg ditulisnya..sedang hakikat kebenaran ingin terkuis dari jiwanya..namun tidak cerna di pelantar yang tidak bersebab. Namun kerana hakikat kesukaan dan niat yang tidak berbelah bahagi kenapa tulisannya itu tertulis, dia terus muncul kembali tapi dgn imej baru.

Kalamullah di atas membawa seribu satu mesej yg tidak terpapar dengan sedikitnya penghayatan, tapi dengan pemahaman perjuangan di jalan ALlah..Syed Qutb menulis dalam tafsirnya tentang ayat perubahan kiblat ini dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan dipandu hidayah Allah. Adalah ayat tersebut turun untuk menyucikan hati mukmin dar sebarang aqidah yang tidak bersandarkan kepada Allah.

Arab Jahiliah berasa bangga apabila mengaku diri mereka adalah keturunan Ibrahim dan Ismail. Dalam kebanggaan itu, mereka tidak sedar mereka telah disesatkan oleh berhala-berhala dan juga adat tradisi yang direka-reka. Mereka mendapat tampuk penjagaan Kaabah selama beratus-ratus tahun. Syukur kepada Allah, bani yang menjaga Kaabah ini masih terkenal dgn sifat terpuji dan dihormati oleh kawan dan lawan. Maka kerana itu berkurun-kurun lamanya mereka berkiblatkan Kaabah dalam peribadatan mereka.

Namun apabila Allah mewahyukan pada Rasul al-Amin bahawa kiblatnya telah berubah ke baitul Maqdis, kaum yahudi laknatullah menyangkal seraya mengejek dan berkata; Lihatlah mereka ini, mereka mengatakan kita sesat tapi mereka juga berkiblatkan baitul maqdis bersama kita:

Allah al-Aziz telah mewahyukan sekali lagi bahawa kiblat sekali lagi ditukarkan ke Kaabah. Bukan kerana ejekan Yahudi, kerana ejekan itu tidak menjadi asbabun nuzul ayat ini. Lantas hikmah Allah menyucikan kepercayaan orang mukmin dgn memberi suatu transtisi masa agar orang mukmin arab tidak terpedaya dengan slogan kabilah dan keturunan jahiliah. Transtisi ke baitul maqdis adalah penyucian jiwa dan kembali kepada Kaabah apabila telah suci murni untuk kembali kepada hak Allah untuk menentukan arah mana sepatutnya mukmin beribadat kepadaNya..Arah kedua-kali tapi tempat yg sama..juga membawa isi peribadahan yg berbeza. Suci dr jahiliah..suci dr keturunan..tapi kembali menyembah dengan penuh Ubudiah kepada Allah..tanpa secalit noda jahiliah...

Begitu juga dengan blog ini..melalui fasa pembersihan dari apa yg dirasakan tulisan yang menimbulkan prasangka, fitnah dan tanggapan serong. Mujur ada yg sudi menegur..menyedarkan lamunan mimpi bahawa blog ini sebenarnya dibaca orang. Jadi kerana ianya berada di medan tiada sempadan dan sekuriti..adalah silap memikirkan bahawa manusia yg banyak ragamnya sebenarnya bijak mentafsir secara tidak benar dari segala penulisan bait-bait yg disusun secara abstrak.

Akhir entri diakhiri dengan sebuah kata-kata emas pujangga arab..

Kata-kata dari bibir akan bertemu dengan telinga...
Kata-kata dari hati akan bertemu dengan hati....

0 Comments:

Post a Comment

<< Home