ameer syuhada

bukan madah puisi puitis..bahkan hanya kalam luahan kata-kata dan air mata yg menitis...

hit counter code

Friday, June 23, 2006

Dikala Rasul Bersyair….


Gegak gempita musuh menyerbu deras..

Dibalik bukit kufur itu terselindung makar…

Paksinya biadap rindukan musnahnya cahaya..

Tidak kira siapa..hingga insan terkenal tidak pernah berdusta..

Tak lepas dari mata panahnya…

Menobrok sekujur tubuh keimanan…

Biarpun tubuh itu beriman secalit dua minggu..

Demi Tuhan yg baru dikenalinya..

Korban jiwa saja kenalannya…


Hujanan tombak lebih dari tersangka..

Ribut pasir derapan kuda-kuda perang hitam..

Nikmat titis hujan terganti hujanan tembaga dan api…

Percikan cahaya bukan hidayah…tetapi lagaan pedang…


Sekujur tubuh-tubuh keimanan jatuh satu persatu..

Alangkah gahnya!!..Syahid citanya..Mereka berjaya..

Namun korban meraih jatuhnya maruah Deenullah..

Tak pernah begitu..bukankah Allah bersama tubuh-tubuh keimanan?


Sejalur kuda putih ditelan kepekatan pasir..

Membawa beban insan terhebat alam raya..

Manusia terkenal gagah di medan perang..

Rasul jujur pelaku lemah lembut…


Dan tatkala kekabutan itu..

Gemersik gempita jeritan semangat…

Suara itu pernah dikenali..

Tak pernah luntur mengucap Lailaha Illallah…

Syair terukir di medan perang berjelaga..


“”Aku adalah Rasulullah..Aku adalah Muhammad bin Abdullah..

Akulah nabi yang tidak pernah berdusta…

Akulah putera Abdul Mutalib…………..”


Tegar suara bersimbah semangat dan keimanan..

Apakah kita tak tahu malu..

Berhambur lari dari hamba syahwat itu..

Sedang Rasul buah hati kita melawan bersendirian?..


Bangkit kembali tubuh-tubuh keimanan….

Dari alpa banyak pasukan tentera..

Lupa jua Allahlah segalanya..pemberi kemenangan..pengalah musuh..

Bukan jumlahmu itu memadai..

Andai kata kamu melempar..bukanlah kamu sebenarnya..

Tapi Allahlah yang melempar dan membunuh musuhNya..


Oh Hunain..di pesisir pasirmu tersirat kisah..

Buat duah..yang bongkak kerana jumlah….

25. Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan Dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, Iaitu semasa kamu merasa megah Dengan sebab bilangan kamu Yang ramai; maka bilangan Yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) bumi Yang Luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri.

26. Kemudian Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang Yang beriman, dan Allah menurunkan tentera Yang kamu tidak melihatnya, serta ia menyeksa orang-orang kafir itu (dengan kekalahan Yang membawa kehancuran); dan Yang demikian itu ialah balasan bagi orang-orang Yang kafir.


0 Comments:

Post a Comment

<< Home