ameer syuhada

bukan madah puisi puitis..bahkan hanya kalam luahan kata-kata dan air mata yg menitis...

hit counter code

Wednesday, May 31, 2006

Wajah Kasih...





dunia terhasil dari wajah-wajah..
Biar apapun rupanya..biar apapun warnanya..
Tetap ia berpaksi pada satu...satu hakikat tak tersangkal..
Hakikat ujaan fikrah..fikrah cernaan keikhlasan..

Wajah-wajah itu tidak serupa seraya berbeza..
Puluhan warna penghias permukaannya..
Khuatir demi secebis debu merosak niat..
Kilauan nama-nama menghiasi wajah-wajah..

Wajah yg benar seumpama..
Wajjahtu wajhiya lillazi..
Wajjahtu itu terhadap ke arah ceruk keimanan..
Biar mana hilangnya dunia..biar mana hilangnya egois..
Sesuci wajah berdahi sujud...

Kalam puisi ini terlakar dari..
Kurangnya kewajahan pada diri..
Lemahnya kewajahan menghiasi diri..
Wajah yg lemah..wajah yg pudar..
Menginsafi wajah sendiri..
Biar rona itu datang..biar mehnah itu menerkam..
Wajah ini..pasti cintakan Ilahi....


at-tazkiyatun-nafs.......

Tuesday, May 30, 2006

Bersama kita seiring..

Kukuhnya gunung aljabal menongkah saf hadapan..
Luncur laju blueseca menambah kekuatan..
Bisikan laungan mufias kedengaran di mana-mana..
Sedang chemus memberkahi perjuangan...

Di balik kuatnya penangan minda dein..
Disambut lembut ketenangan syafeq...
Kekar gagah azlan lincah menyelinap..
Hikmah al-fath pada mindanya...
Persis al-khair sinarnya berkilau terang...

Hentakan ruhul jadid bisa berbisa..
Penawar sepi riang sang kaderdaawah..
Lebar suka penebar senyum perajut ukhwah..
Terjahan halus derasnya haruman firdausi...

Selembut senyuman sentuhan al-fatih..
As-syifa pengubat jiwa duka sedih..
Ibn roslizar manusia dua rasa..lembut dalamnya..keras luarannya..
Darah tengku mengalir rindukan ustaziatul alam...
Ribut tersusun al-hafiy berdesup menongkah mehnah...

Pastinya ramai tercoret diabadikan kenangan..
Cuma petah kata tak terbanding indahnya persahabatan..
Andai aku ditanya dimanakah lagi kan kujumpa manusia seperti kalian..
Aku pasti menjawab..
andai syurga balasanku..kutemu mereka disana..
insya Allah...disana kita bersama lagi..

al-hadith - jika anda sayangkan saudara anda..maka beritahulah dia...


Tiba Detiknya...






Seteguh Umm Nidal Farhat...
Tergelar Umm syuhada bukan sengaja..
Dikenal Khansaa Palestin bukan citanya..
Tapi bukti gelarannya..
Pada tiga syuhada kandungannya..

Ummi Nidal Farhat...
teguhmu kusegani..
terpahat kukuh azam pada katamu..

Bila detiknya tiba..
Aku juga mahu menjadi anaknya..
Seperti Farhat..Nidal..
Dan mungkinkah ia termakbul?

Darah perjuangan mengalir di darahmu..
Dan kau hidup bersamanya..
Sedang aku hanya mampu berdoa kesejahteraan..
Tanah air kita yg tergadai oleh puaka yg tiada rasa secubit belas...

Moga seribu ummi sepertimu..
Moga semua ummul muslimin persis tindakanmu..
Moga kullu muslimin berkorban mengikut jejak langkahmu..
Moga diri ini juga sejernih ikhlas hatimu..

Bila detiknya tiba..pasti akan tiba..
Kerana maut tidak mengenal engkau berjuang atau tidak..
Cuma penghasilannya sahaja yg berbeza..

Jihad Ilallah...

Monday, May 29, 2006

Permulaan Baru (sejernih lumpur)
Firman Allah swt dalam surah al-Baqarah
144. Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit[96], maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan dimana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Al Kitab (Taurat dan Injil) memang mengetahui, bahwa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari Tuhannya; dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan.

Permulaan baru bagi seorang pemuda yg melihat jernihnya sebuah lumpur. Kebangkitannya kali ini, bukan membawa wajah baru..tapi visi baru. Dia ingin keluar dari segala tanggapan buruk terhadap apa yg ditulisnya..sedang hakikat kebenaran ingin terkuis dari jiwanya..namun tidak cerna di pelantar yang tidak bersebab. Namun kerana hakikat kesukaan dan niat yang tidak berbelah bahagi kenapa tulisannya itu tertulis, dia terus muncul kembali tapi dgn imej baru.

Kalamullah di atas membawa seribu satu mesej yg tidak terpapar dengan sedikitnya penghayatan, tapi dengan pemahaman perjuangan di jalan ALlah..Syed Qutb menulis dalam tafsirnya tentang ayat perubahan kiblat ini dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan dipandu hidayah Allah. Adalah ayat tersebut turun untuk menyucikan hati mukmin dar sebarang aqidah yang tidak bersandarkan kepada Allah.

Arab Jahiliah berasa bangga apabila mengaku diri mereka adalah keturunan Ibrahim dan Ismail. Dalam kebanggaan itu, mereka tidak sedar mereka telah disesatkan oleh berhala-berhala dan juga adat tradisi yang direka-reka. Mereka mendapat tampuk penjagaan Kaabah selama beratus-ratus tahun. Syukur kepada Allah, bani yang menjaga Kaabah ini masih terkenal dgn sifat terpuji dan dihormati oleh kawan dan lawan. Maka kerana itu berkurun-kurun lamanya mereka berkiblatkan Kaabah dalam peribadatan mereka.

Namun apabila Allah mewahyukan pada Rasul al-Amin bahawa kiblatnya telah berubah ke baitul Maqdis, kaum yahudi laknatullah menyangkal seraya mengejek dan berkata; Lihatlah mereka ini, mereka mengatakan kita sesat tapi mereka juga berkiblatkan baitul maqdis bersama kita:

Allah al-Aziz telah mewahyukan sekali lagi bahawa kiblat sekali lagi ditukarkan ke Kaabah. Bukan kerana ejekan Yahudi, kerana ejekan itu tidak menjadi asbabun nuzul ayat ini. Lantas hikmah Allah menyucikan kepercayaan orang mukmin dgn memberi suatu transtisi masa agar orang mukmin arab tidak terpedaya dengan slogan kabilah dan keturunan jahiliah. Transtisi ke baitul maqdis adalah penyucian jiwa dan kembali kepada Kaabah apabila telah suci murni untuk kembali kepada hak Allah untuk menentukan arah mana sepatutnya mukmin beribadat kepadaNya..Arah kedua-kali tapi tempat yg sama..juga membawa isi peribadahan yg berbeza. Suci dr jahiliah..suci dr keturunan..tapi kembali menyembah dengan penuh Ubudiah kepada Allah..tanpa secalit noda jahiliah...

Begitu juga dengan blog ini..melalui fasa pembersihan dari apa yg dirasakan tulisan yang menimbulkan prasangka, fitnah dan tanggapan serong. Mujur ada yg sudi menegur..menyedarkan lamunan mimpi bahawa blog ini sebenarnya dibaca orang. Jadi kerana ianya berada di medan tiada sempadan dan sekuriti..adalah silap memikirkan bahawa manusia yg banyak ragamnya sebenarnya bijak mentafsir secara tidak benar dari segala penulisan bait-bait yg disusun secara abstrak.

Akhir entri diakhiri dengan sebuah kata-kata emas pujangga arab..

Kata-kata dari bibir akan bertemu dengan telinga...
Kata-kata dari hati akan bertemu dengan hati....